Sunday, July 25, 2010

Perkara Utama Menyelesaikan Masalah: Kenalpasti Masalah


Kaedah yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, sama ada masalah individu, keluarga atau organisasi adalah mengenalpasti apakah masalah yang sebenar.

Kebanyakan masalah yang tidak dapt diselesaikan adalah berpunca kepada kegagalan untuk mengenalpasti masalah yang sebenar. Gagalnya mengenalpasti masalah sebenar akan membawa kepada jalan penyelesaian yang tidak tepat. Seorang doktor yang gagal mendiagnosis penyakit dengan tepat akan memberikan ubat yang tidak sesuai dengan penyakit yang sebenar.

Kadang-kadang, kita hanya melihat kepada simptom kepada penyakit, bukannya penyakit tersebut. Orang yang demam, kalau diperiksa secara luaran sahaja, jalan penyenyelesaian yang paling mudah adalah meletakkan 'cool pad' di kepala. Tetapi, mungkin sebenarnya dia demam disebabkan oleh bisul yang besar di kakinya dan penuh dengan nanah.

Justeru, mengenalpasti masalah yang sebenar merupakan proses yang paling penting dan perlu didahulukan dalam menyelesaikan masalah.

Dalam menyelesaikan masalah, kita akan bertemu dengan gejala 'escapisme'. Disebabkan tidak mahu atau malu mengakui masalah yang dihadapi, individu atau organisasi memberikan banyak alasan lain dan cuba menyembunyikan masalah yang sebenar.

Individu, kadang-kadang mengatakan saya menghadapi masalah ini, ini dan ini, tetapi semuanya bukan permasalahan yang sebenar. Macam anak kecil yang tidak hendak ke sekolah, alasannya sakit perut, pening kepala, bosan kerana asyik belajar benda yang sama dan lain-lain, tapi mungkin masalah sebenar adalah gagal menyiapkan kerja sekolah atau ada masalah dengan guru.

Kepada individu yang ingin menyelesaikan masalah, pastikan dahulu punca atau permasalahan sebenar, barulah fikirkan jalan penyelesaian.

Kepada yang pening dengan pelbagai masalah, sila ambil wuduk, solat dua rakaat, ambil pen dan kertas, sila catatkan apa sahaja yang terlintas di fikiran anda yang dirasakan mengganggu dan menyerabutkan kehidupan dan pemikiran. Kemudian, senaraikan semula mengikut jenis atau kesamaan, dan kategorikan yang boleh diselesaikan segera, yang memerlukan masa dan yang memerlukan bantuan orang lain. Dalam masa yang sama, potong sahaja mana yang bertindan dan yang bukannya masalah.

Insyaallah, anda akan dapati, separuh daripada masalah anda telah diselesaikan sebaik sahaja habis melakukan perkara di atas.

Kepada Allah kita berdoa agar dipermudahkan dalam segala masalah yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment