Sekurang-kurangnya perlu ada 3M dalam tarbiyah.
1. Murobbi – perlu ada orang yang bawa, yang tetap, bukan tukar-tukar. Sekejap orang ni, pastu orang tu, kemudian orang lain. Tu tak kira murobbi. Murobbi kenal dengan dekat orang yang dibawanya dan memahami apa yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti orang yang dibawa supaya menjadi Murabbi yang lebih hebat.
2. Mad’u – Orang yang dibawa. Pun kena tetap, kalau tak, macam mana nak laksana tarbiyah. Minggu ni jumpa orang ni, minggu depan jumpa orang nun, yang minggu lepas dah tak tahu macam mana. Tu mad’u jugak, Cuma tak boleh berkembang kalau cara begitu.
3. Manhaj. Manhaj bukan sekadar ada tajuk, atau ada bahan nak cerita bila berusrah. Tapi murobbi memahami tahap mad’u, ke mana nak dibawa, apa bahan yang perlu diberikan, kaedah macam mana yang paling sesuai dan perkara-perkara yang perlu dilakukan secara jama’I bagi meningkatkan kefahaman, ukhuwwah, tsaqafah dan tsiqah.
Kalau kurang salah satu, rasanya kurang sesuai dipanggil proses tarbiyah atau claim ‘saya telah berada dalam proses tarbiyah’.
Kalau kurang salah satu, kira sekadar tazkirah dan perjumpaan biasa, bukannya halaqah atau proses tarbiyah.
Wallahua’lam.