Buat sekadar ada - saya nak buat yang ni, ni dan ni sahaja. Yang lain biar dulu. Tak mampu kot. Buat dululah sikit, daripada tak buat langsung.
Buat mengikut kaedah yang betul - perkara ni, ni dan ni memang kena buat, walaupun tak larat kena buat jugak, sebab ia merupakan asas dan perkara penting. Suasana yang ada menuntut anda untuk buat perkara tersebut walaupun tak mampu.
Jangan sibukkan diri dengan buat yang tu, tu dan tu, sebab itu bukan perkara yang penting dan dasar. Walupun anda nampak sibuk dan letih, tapi macam tak guna, sebab buat benda sampingan, bukannya yang asasi.
Oleh itu, nak buat sesuatu, kaji suasana, kaji kekuatan dan kelemahan, buat perancangan pendek dan panjang, bukannya IKUT SUKA je nak buat apa, asal nampak sibuk.
No comments:
Post a Comment