Tuesday, August 17, 2010

صالح لنفسه, مصلح لغيره

Individu yang ingin dibentuk adalah individu yang bukan sahaja baik dan soleh untuk dirinya, tetapi juga yang boleh membrikan kesan kepada orang lain atau masyarakat sekitarnya.

Ramai antara kita yang memiliki akhlak yang baik, terjaga solatnya,istiqamah tilawahnya, rajin dengan zikir tetapi hanya untuk dirinya sahaja. Dengan segala kebaiakn yang ada pada diri, individu masih lagi rasa segan dan malu untuk membuka mulut, bercerita dan mengajak orang lain membuat kebaikan. Ada juga yang malas mengalirkan peluh dan mengeluarkan tenaga untuk merancang,bekerja dan bertindak untuk memberikan kesan yang baik kepada masyarakat di sekitarnya.

Fardi muslim yang ingin dibentuk adalah yang bukan sahaja soleh, tapi mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat sekeliling.Individu soleh yang menyinsing lengan memerah keringat berfikir dan bekerja untuk melakukan proses islah di dalam masyarakat.

Ingat, peranan orang yang beriman, bukan sekadar untuk menjadi hamba Allah, tetapi juga sebagai Khalifah di muka bumi ini. Menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan keindahan Islam.

No comments:

Post a Comment